Gol menerusi Muhammad Rizman Mahmud pada masa kecederaan membantu Selangor menewaskan Pulau Pinang 1-0 dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium UNIMAP Perlis sekaligus menghidupkan peluang untuk mara ke suku akhir acara bola sepak lelaki SUKMA XVII Perlis.

Selepas tewas 2-3 kepada Melaka pada perlawanan pembukaan dua hari lepas, anak-anak buah Adam Abdullah gagal menembusi pertahanan kemas lawan sehinggalah Rizman memanfaatkan peluang di penghujung perlawanan.

Selangor memerlukan kemenangan ke atas Wilayah Persekutuan dalam perlawanan terakhir lusa untuk mara ke suku akhir selepas kesemua empat pasukan di dalam Kumpulan C mengumpul 3 mata hasil dari satu kemenangan dan satu kekalahan.

SELANGOR: 1-Muhammad Solehin (G), 2-Muhammad Hafiz Mohd Johar, 6-Mustakim Mohd Yusof, 7-Mohammad Nor Ubaidullah Abdul Rahman, 8-K Sarkunan, 9-Ibrahim Syaihul, 11-S Ruganthaven, 14-A Salamon Raj (c), 15-Azrizan Derma Raju, 17-Khusairi Aizad Jamalludin, 23-Muhammad Ridhwan Johan

Simpanan: 3-Mohd Shafiq Imran Omar, 10-R Thivagar, 12-Muhammad Rizman Mahmud, 18-Abdul Gafur Samsudin (G), 20-V Sasikumar, 21-Muhammad Amirul Syafiq Muhd Isa Sham, 25-J Arvind