Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Belia 2014-2018 yang dipengerusikan Encik Noor Hisham Mohd Ghouth telah mengadakan satu sesi brainstorming Pemerkasaan Program Pembangunan Bakat Pemain.

Dengan matlamat melahirkan generasi baru pemain bolasepak Selangor yang berkemahiran, berdaya-saing serta mempunyai nilai pasaran yang tinggi, sesi ini dihadiri Pengarah Teknikal Akademi Frenz United, Encik Omar Ali yang juga Exco FAS 2014-18, Datuk P Sugumaran (Exco FAS 2014-18 & pengurus pasukan Piala Belia B 2013-14), Encik R Sekar Chandra (Exco FAS 2010-18 & pengurus pasukan Piala Presiden/SUKMA 2014), Abdul Rauf Ahmad (Exco FAS 2014-18 dan bekas pemain Selangor 1998-2001), ahli-ahli jawatankuasa dan jemputan khas mewakili MSSM, MSSS, Kementerian Pendidikan dan penyokong.

Peserta diberi panduan menyumbang input dan membincangkan idea melalui empat fasa program –

  1. Memperkasa Kriteria dan Prosedur Carian/Pemilihan Bakat
  2. Memperkasa Kualiti Kejurulatihan
  3. Memperkasa Modul Pembangunan Bakat
  4. Penilaian Impak Keberkesanan