Pasukan Piala Belia B-19 Selangor mengakhiri cabaran kejohanan AFC Referees Invitation Tournament di tempat ketiga.

Kejohanan yang disertai pasukan-pasukan yang lebih senior seperti Negeri Sembilan B-21, Felda United B-23, Kuala Lumpur B-21 dan PKNS FC ini berlangsung di Stadium Mini KPM SMK USJ 23, Subang Jaya.

Ini merupakan tugasan terakhir skuad bimbingan Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir tahun ini selepas mengharungi Liga FAS dan Piala Belia 2014 sejak awal tahun.