Hasrat Selangor untuk memulakan saingan Piala Presiden 2014 dengan cemerlang tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan yang berlangsung di Padang SUK, petang tadi.

Gol-gol pasukan pelawat dijaringkan di separuh masa kedua menerusi pemain gantian, Che Mohamad Safwan Hazman Che Hassan serta gol sendiri dari pemain pertahanan Selangor, Azrizan Derma Raju.

Selangor akan berhadapan ATM di Stadium Mini UPM dalam perlawanan seterusnya pada Khamis, 30 Januari ini.

SELANGOR: 1-Damien Lim Chiew Khai, 2-Muhammad Hafiz Mohd Johar, 6-Muhamad Afiq Uzair Baharom (5-Muhamamad Ali Hanafiah Mohd Zarudin), 7-Muhammad Nor Ubaidullah Abd Rahman, 10-R Thivagar (18-Muhamamd Amirul Syafieq Muhd Sham), 11- S Rugantharen (Mohd Shafiq Imran Omar), 12-Muhd Rizman Mahmud, 14-A Salamon Raj (c), 15-Azrizan Derma Raju, 19-Khushairi Aizad Jamalludin (17-K Satish), 21-Muhammad Nasharuddin Zaharudin (9-Ibrahim Syaihul)

Simpanan: 20-V Sasikumar, 22-Abdul Gafur Samsudin (PG)

NEGERI SEMBILAN: 22-Azwan Azrul Anuar, 4-Ahmad Hazeri Hamid (c), 5-Mohd Zufril Haidy Mazlan, 6-A Segar, 7-Mohd Izzudin Zainudin, 8-Muhamad Syahrizal Shaharin, 11-Mohd Rahizi Mohd Rasib, 13-S Pavithran, 14-Muhd Iqbal Naim Tony Rosdin, 17-Muhamad Shahrul Hakim Rahim, 19-Nik Azlam Nik Januaha

Simpanan: 3-Mohd Nurzaidi Mohd Jais, 9-K Divinesh, 10-Che Mohamad Safwan Hazman Che Hassan, 12-Ahmad Ashraf Razmi, 15-R Gopinath, 18-Mohd Fauzannazhif Zulkifli, 21-Mohd Azwan Alimi (PG)

Pengadil: Wan Zainudin Harun