Gol tunggal B Murugan pada minit ke-34 memastikan kemenangan 1-0 Selangor ke atas Sarawak dalam perlawanan Piala Presiden yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak, Kuching petang tadi.

Ini adalah merupakan kemenangan kedua berturut-turut Selangor selepas menewaskan Perlis 3-0 di Shah Alam, Isnin lalu dan keempat secara keseluruhan daripada enam perlawanan yang telah dilalui setakat ini.

Anak-anak buah Adam Abdullah akan bertandang ke Kompleks Sukan Gong Badak bagi menghadapi tuan rumah, Terengganu dalam aksi Piala Presiden seterusnya pada 27 Februari nanti.