Selangor mencatat kemenangan 3-0 ke atas ATM dalam perlawanan Piala Presiden yang berlangsung di Stadium KEMENTAH, petang tadi.

Ini merupakan kemenangan pertama Selangor selepas dikejutkan Sime Darby pada perlawanan sulung di Stadium Kuala Selangor minggu lalu.

Selangor membuka jaringan menerusi pemain sayap kanan, Muhamad Hafiz Mohd Johar pada minit ke-20 separuh masa pertama.

Muhammad Hardee Shamsuri kemudiannya menambah jaringan Selangor pada minit ke-65 sebelum D Naven menambah derita pasukan tuan rumah menerusi sepakan percuma cantik yang menewaskan penjaga gol ATM pada minit ke-78.