Selangor mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas ATM dalam aksi Piala Presiden B-21 yang berlangsung di Stadium Mini UPM, petang tadi.

Ini merupakan kemenangan sulung anak-anak buah bimbingan Adam Abdullah ini selepas tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan pembukaan Isnin lalu.

Selangor mendominasi saingan perlawanan dengan serangan bertali-arus namun terpaksa menunggu sehingga penyerang, Ibrahim Syaihul membuka jaringan sejurus sebelum pengadil, B Suresh menamatkan wisel separuh masa.

Mohd Nor Ubaidullah Abd Rahman kemudiannya menambah jaringan buat pasukan pelawat pada minit ke-53 dan 61.

Seterusnya Selangor akan berhadapan SSM Pahang di Padang SUK, 4.45 petang pada 6 Februari nanti.

SELANGOR: 22-Abdul Gafur Samsudin (GK), 2-Muhammad Hafiz Johar, 3-Mohd Shafiq Imran Omar (5-Muhammad Ali Hanafiah Mohd Zarudin), 7-Muhammad Nor Ubaidullah Abd Rahman (20-V Sasikumar), 8-K Sarkunan (12-Muhd Rizman Mahmud), 9-Ibrahim Syaihul, 10-R Thivagar (19-Khushsairi Aizad Jamalludin), 11-S Rugantharen, 14-A Salamon Raj (c), 15-Azrizan Derma Raju, 17-K Satish (21-Muhammad Nasharuddin Zaharudin)