Juara bertahan, Selangor memulakan aksi sulung Piala Belia dengan menundukkan PDRM 4-3 di Stadium Hang Jebat, Melaka petang tadi.

Gol-gol Selangor dijaringkan Abdul Rakib Abdul Razak (m-37), Faridzul Muadz Paridhonath (79), Mohd Faizuddin Mohd Abidin (82) dan Muhammad Alif Saiddatul (83).

Malang menuimpa Selangor seawal minit ke-11, apabila tonggak tengah, Muhd Rizman Mahmud mengalami kecederaan serius di lutut kanan, dipercayai akibat permukaan padang yang lembut. Tempat beliau diambil-alih oleh Faridzul Muadz.

Pemain tengah, Faizuddin pastinya pemain terbaik buat Merah Kuning selepas mencipta 3 gol buat rakan-rakan di samping turut menjaringkan gol ketiga pasukannya.

Selangor akan berhadapan ATM dalam perlawanan kedua yang akan berlangsung di Stadium MMU, Melaka, 4.15 petang esok (Khamis 21 Ogos 2014).

SELANGOR: 25-Amirul Aiman Amran (G), 15-Muhammad Ali Hanafiah Mohd Zarudin, 4-Mohamad Azman Mohd Noor (c), 5-M Tamilmaran, 13-S Jayrao, 12-Muhd Rizman Mahmud, 10-Abdul Rakib Abdul Razak, 19-Muhammad Amirul Syafiq, 11-Mohd Faizuddin Mohd Abidin, 9-Muhammad Sharul Nizam Zainal, 14-Mohd Zulfahamzie Tarmizi