Juara bertahan, Selangor berjaya melayakkan diri ke suku akhir selepas seri 1-1 dengan Perlis pada perlawanan terakhir kumpulan di Padang MMU, Melaka.

Dengan keputusan ini, Selangor yang mengumpul 5 mata hasil dari satu kemenangan dan dua seri muncul naib juara kumpulan di belakang PDRM dan akan bertemu Perak pada perlawanan suku akhir, 26 Ogos di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Perlawanan separuh masa pertama berlangsung seimbang ketika kedua-dua pasukan memperolehi peluang untuk menjaringkan gol namun berakhir tanpa jaringan.

Perlis ternyata lebih agresif selepas aksi babak kedua bersambung. Hasilnya, pada minit ke-58 Perlis mendahului menerusi sepakan jarak jauh dari 30 meter yang berjaya mengelirukan penjaga gol Selangor, Muhammad Haikal Mohd Hisham.

Gol tersebut tidak mematahkan semangat pemain-pemain Merah Kuning yang akhirnya berjaya memperoleh jaringan penyamaan pada minit ke-73 menerusi sepakan jauh Mohd Zulfahamzie Tarmizi.

Keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat.

SELANGOR: 1-Muhammad Haikal Mohd Hisham (G), 2-Muhammad Rahimy Mohd Ramly, 4-Mohamad Azman Mohd Noor (c), 5-M Tamilmaran, 13-S Jayrao, 8-K Sarkunan, 17-Muhammad Alif Saiddatul, 7-Faridzul Muadz Paridhonathrat, 11-Mohd Faizuddin Mohd Abidin, 9-Muhammad Sharul Nizam Zainal, 14-Mohd Zulfahamzie Tarmizi