Perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Belia edisi 2014 di antara juara bertahan, Selangor dan ATM berakhir tanpa jaringan.

Aksi babak pertama berlangsung penuh berhati-hati tanpa gerakan atau serangan berbahaya dilakukan kedua-dua pasukan.

Selangor menggandakan asakan sebaik separuh masa kedua bermula, namun dinafikan kekebalan pertahanan lawan serta ketumpulan barisan penyudah di hadapan gol. Kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

SELANGOR: 1-Muhammad Haikal Mohd Hisham (G), 21-Muhammad Hazim Mohd Azmi, 4-Mohamad Azman Mohd Noor (c), 5-M Tamilmaran, 13-S Jayrao, 8-K Sarkunan, 10-Abdul Rakib Abdul Razak, 19-Muhammad Amirul Syafiq, 7-Faridzul Muadz Paridhonathrat, 9-Muhammad Sharul Nizam Zainal, 14-Mohd Zulfahamzie Tarmizi