Saingan Kumpulan B Piala Belia 2017 diteruskan dengan hari perlawanan keenam pada Rabu ini, 12 April 2017.

Naib juara musim lalu, Selangor B19 yang baru beraksi lima perlawanan memburu kemenangan ketiga apabila bertemu Melaka B19 di Stadium Mini MP Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi.

Skuad kendalian V Yogeswaran itu kini menduduki tangga kelima selepas mengumpul 7 mata hasil dari dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Pasukan pelawat bimbingan Md Noor Derus yang turut baru beraksi lima perlawanan pula menduduki tangga kelapan dengan 3 mata hasil satu kemenangan dan empat kekalahan.

Peminat Merah Kuning di sekitar Sepang dijemput hadir memberikan sokongan kepada skuad muda Red Giants ini. Masuk adalah percuma.