Dua pemain Selangor, Adam Nor Azlin dan Muhammad Syahmi Safari masing-masing beraksi ketika skuad Harimau Malaysia Bawah 22 (B-22) meraih keputusan seri 0-0 dengan pasukan Filipina B-22 pada aksi persahabatan di Stadium Memorial Rizal, Manila, malam tadi.

Adam beraksi di separuh masa pertama sebelum diganti oleh bekas penyerang Piala Belia Selangor 2013, Ariff Anwar.

Manakala Syahmi yang merupakan tonggak tengah pasukan Piala Presiden Merah Kuning bermain selama 76 minit sebelum direhatkan jurulatih Frank Bernhardt.

Pada aksi membabitkan kedua-dua pasukan sebelum ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 23 Mac lalu, pasukan kebangsaan membelasah Filipina B-22 4-1.