Paste your Google Webmaster Tools verification code here

5 Red Giants sertai Harimau Malaysia

Lima pemain Red Giants terlibat dengan tugasan pasukan kebangsaan dan skuad Projek Sukan SEA Bawah-22 tahun, bermula semalam.

Penjaga gol Khairulazhan Khalid dan pemain tengah S Veenod masing-masing dinamakan di dalam skuad 23-pemain Harimau Malaysia bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A” menentang Filipina.

Azhan dan Veenod akan melapor diri di Hotel Grand Bluewave Shah Alam pada tengahari 13 Mac sebelum berlepas ke Manila pada Isnin, 20 Mac.

Mereka akan pulang semula ke tanahair sehari selepas perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Rizal Memorial Stadium di Manila pada 22 Mac.

Sementara itu, penjaga gol Piala Presiden B22 Selangor, Damien Lim turut menerima panggilan saat akhir dari skuad Projek Sukan Sea 2017 pada 12 Mac bagi menggantikan Amierul Hakimi Awang dari Terengganu yang mengalami kecederaan.

Damien menyertai Syahmi Safari dan Adam Nor Azlin di dalam senarai 30 pemain yang dinamakan ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Frank Bernhardt untuk menghadiri kem latihan pusat sebagai persiapan bagi menghadapi Kejohanan B-23 Piala Dubai di UAE dari 20 hingga 28 Mac 2017.

Bagaimanapun, hanya 23 pemain akhir akan dipilih Bernhardt sebelum skuad ini dijadual berlepas ke Dubai, UAE pada 18 Mac.

Skuad Harimau Malaysia B-22 bakal membuka kempen saingan Kumpulan B bertemu China pada 20 Mac diikuti aksi kedua bertemu Arab Saudi (23 Mac) dan aksi ketiga bertemu Jordan (26 Mac).