Paste your Google Webmaster Tools verification code here

Berita Harian: Hazwan mahu fokus bersama Harimau Malaysia

Penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri menegaskan betapa dia sudah melupakan kekecewaan di pentas akhir Piala Malaysia, Ahad lalu bagi memberi fokus sepenuhnya bersama skuad kebangsaan.

Justeru, pemain berusia 25 tahun itu menjelaskan fokusnya kini lebih terarah untuk sesi pemulihan selepas keletihan mengharungi perlawanan final Piala Malaysia.

“Rasa penat itu masih ada lagi dan mungkin hari ini (semalam) saya akan melakukan pemulihan. Soal kekecewaan di Piala Malaysia saya boleh lupakan.

“Saya tidak boleh terus kecewa kerana perlu fokus kepada tanggungjawab bersama skuad kebangsaan, apatah lagi akan bersaing di Piala AFF Suzuki,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia, semalam.

Prestasi konsisten Ahmad Hazwan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini turut mendapat pujian jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee yang mengharapkan sentuhannya dapat membantu skuad kebangsaan.

Selain itu, Ahmad Hazwan turut mengakui kehadiran semula penyerang berpengalaman, Safee Sali dalam skuad kebangsaan bakal memantapkan lagi skuad Harimau Malaysia.

Bagi saya, kembalinya Safee dalam skuad kebangsaan adalah bagus sebab kita memerlukan pemain senior untuk membimbing pasukan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini disiar semula dari media yang dinyatakan dan tidak semestinya mewakili pandangan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)